Wednesday, January 14, 2009
Friday, October 31, 2008
MAMH DAIBAIE RESOURCES
Kami adalah diantara syarikat aktif yang menjalankan perniagaan lintah secara komersil. Di antara bidang perniagaan secara umumnya meliputi aktiviti perladangan, perdagangan, pengurusan projek dan khidmat nasihat.Perladangan & Penternakan lintah merupakan bidang yang paling aktif bagi syarikat kami. Perniagaan kami:-
a) MAMH DAIBAIE RESOURCES (KAWAKIB & PARTNERS) menjalankan aktiviti perladangan dan ternakan lintah secara komersial bagi menampung permintaan haiwan ini di peringkat dalam dan luar negeri. Perladangan lintah MAMH DAIBAIE RESOURCES (KAWAKIB & PARTNERS) ini bermula sejak awal 2007 sehingga sekarang.
b) Disamping mengusahakan perladangan lintah di ladang sendiri, MAMH DAIBAIE RESOURCES (KAWA juga mempunyai ladang-ladang seliaan kepunyaan peladang/penternak lain.
c) Selain daripada itu MAMH DAIBAIE RESOURSES (KAWAKIB & PARTNERS) juga menjual anak benih, booster dan baja lintah secara borong.
d) Kami juga merancang akan membuKIB & PARTNERS) membuka saham pengusahaan membuat minyak lintah secara kelompok.
INFO LINTAH BUKIT
Di Malaysia, lintah hanya dikategorikan sebagai lintah hijau(lintah bukit), lintah gunung, lintah sawah dan lintah coklat. Mengikut kajian spesies oleh Universiti Malaysia (2007), lintah yang biasa digunakan dalam perubatan di Malaysia ialah Hirudinaria manillensis. H. manillensis ini hanya mempunyai 2 warna iaitu hitam - hijau dan hitam-coklat.Warna di bahagian bawah lintah biasanya adalah lebih terang di bahagian atas. Hirudo medicinalis dan Hirudinaria manillensis tidak begitu berbeza kerana kedua-duanya mempunyai hubungan yang rapat dalam susur galur keturunan mereka (taksonomi). H. medicinalis dan H. manillensis mempunyai ciri-ciri yang sama terutama dari segi habitat, pembiakan, pergerakan, pemakanan, anatomi dan morfologi. Terdapat pelbagai saiz daripada 5mm – 45cm panjang. Badan lintah adalah leper dari atas hingga ke bawah dan mempunyai 2 penghisap pada kedua-dua hujung badan lintah. Satu di bahagian depan dikenali sebagai penghisap depan (anterior sucker) dan satu lagi di bahagian belakang dikenali sebagai penghisap belakang (posterior sucker).
KOLAM LINTAH

Terdapat beberapa jenis kolam lintah yang digunakan oleh
penternak-penternak lintah di Malaysia. Di antara jenis-jenis kolam ini ialah kolam politangki, kolam kanvas dan kolam konkrit. Pemilihan kolam ini bergantung kepada kos penternak, kesesuaian kawasan penternakan dan cadangan adalah daripada syarikat konsultasi lintah. Jenis kolam yang mula-mula sekali dibina di Malaysia ialah jenis kolam kanvas di mana saiznya ialah 60’ x 20’ x 3’. Konsep kolam ini memerlukan tanah rata yang luas dan sesuai. Sekiranya tiada, kolam jenis ini tidak dapat dibina. Untuk penternak yang mempunyai modal kecil mereka boleh mencuba kolam jenis politangki.
Jenis kolam ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba menternak lintah di peringkat awal. Hasil tuaian menggunakan kaedah ini tidak begitu tinggi kerana saiz muatan politangki hanya muat untuk 500 ekor lintah saja. Bagi bakal penternak yang mempunyai tanah yang sederhana luas, cadangan membina kolam jenis konkrit ini adalah sesuai. Saiz luas kolam ini melalui konsep Kawakib ialah 10’ panjang X 8’ lebar X 2’ tinggi. Saiz ini telah diperakui oleh penyelidik melalui teori taburan lintah dengan setiap 1’ persegi hanya boleh hidup 100 ekor lintah saja. Sekiranya bilangan lintah melebihi 100 ekor masalah persaingan akan berlaku.
HABITAT LINTAH
Lintah adalah jenis kumpulan cacing tanah yang tinggal dan hidup di dalam air. Keadaan biologinya yang unik juga memboleh lintah hidup di darat tetapi keadaan ini tidak boleh bertahan lama. Ini kerana kulit lintah tidak boleh tahan panas dan mesti sentiasa berkeadaan lembab. Keadaan air yang sesuai dengan habitat lintah menyebabkan lintah akan cepat membiak. Suhu dan cahaya mempengaruhi pergerakan
lintah. Suhu 26ÂșC adalah suhu yang optimum untuk lintah hidup. Suhu yang terlalu panas boleh menyebabkan telur lintah akan rosak dan anak lintah mati.
Begitu juga dengan pancaran cahaya. Cahaya yang terlalu terang di kawasan tertentu menyebabkan lintah keluar dari kawasan ini kecuali sekiranya terdapat mangsa di situ. Oleh itu lintah selalunya menyembunyikan diri di akar tumbuhan, atas dan dalam permukaan tanah, di celah-celah batu dan kayu-kayu reput. Selain daripada menjauhi diri daripada kepanasan cahaya matahari, lintah ini sentiasa menyembunyi diri untuk menunggu mangsanya tiba. Di antara pokok-pokok yang menjadi tempat tinggalnya ialah kiambang, rumput, batang pokok padi, keladi bunting, rumpai dan lumut kolam.
BEKAM LINTAH
Subscribe to:
Posts (Atom)